http://www.meebo.com/rooms

Ahad, 26 Julai 2009

KASIH SEORANG SUAMI


Seorang suami tidak melahirkan rasa kasihnya dalam bentuk perkataan seratus peratus. Begitu juga isteri, tapi suami lebih sukar melahirkannya dalam bentuk lisan. Yang ditunjukkan hanya cukup-cukup membolehkan dia pula menerima kasih sayang isterinya. Selebihnya disimpan untuk masa akan datang. Kasih sayang itu disimpan dan dijimatkan, tidak dibelanjakan dengan boros. Usah meminta kasih sayang terlalu banyak dari suami, sebagai tanda memahami dan mengasihinya.

Kasih suami kepada isteri bukan terletak kepada "I LOVE U" tetapi menjaga isteri dari segi makan minum dan keselamatannya, mendidik dan menasihatinya, memimpinnya ke jalan yang benar dan menyelamatkan isterinya dari api neraka.

Suami yang baik itu mempunyai beberapa ciri penting iaitu berlaku sayang kepada isterinya, berlaku jujur dan menepati janji pada isteri, menjaga kerbersihan diri, tahu memuaskan isterinya dalam nafkah batin dan tidak mementingkan diri sendiri dalam jima', tidak mata keranjang atau bergaul bebas dengan wanita lain, tidak menghampiri perzinaan, menjauhi arak dan judi, selalu membimbing dan menasihati isteri,serta menolong isteri di rumah.

Itulah antara kasih suami kepada isterinya. Kasih itu juga disampaikan melalui pemenuhan tanggungjawab, bukan hanya kata-kata manis tetapi tidak sanggup bertanggungjawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan